Wednesday, December 22, 2010

Semoga Ayah Sihat~ Insyallah~

Assalamualaikum...


Hi there! Hari neh Incik Bf balek Seremban, sebab esok Ayah nak kena operate mata. Hopefully Ayah cepat sembuh dan segalanya berjalan dengan lancar. Insyallah. Amin.

To Incik Bf: 
"Jaga Ayah elok-elok tahu. Tanggungjawab B besar. B kena kuat dan Sayang owes ade dengan B. Sayang sayang B sangat-sangat. Sayang tahu B sangat-sangat bertanggungjawab, penyabar dan baik hati. Insyallah, Ayah akan okeyh. Sayang B. Love you owes B!"

Saya cinta kamu!

Sekian.


Wednesday, December 15, 2010

Kelebihan Berpuasa Hari Asyura (10 Muharram)

Assalamualaikum

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". 
Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pad10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa;
 Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
"Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).
P/S: Selamat Berpuasa everyone! :)
Sekian.

Sunday, December 12, 2010

Demam (-.-!)

Assalamualaikum...

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . (Info from Wikipedia)

Aku demam! Buat pertama kalinya ambil MC untuk tidak bekerja! (Suke ke tak suke tu..??). Huhu. Aku ade suke, ade tak suke. Tapi Allah dah bagi kena bersyukur. Semua tu ade hikmah, betul tak? (Jawab betul sekarang, kalau tak aku sekeh! :D)

Aku start demam hari Kamis lepas je balek keje. Teruk kau aku rase time tu! Badan rase panas, kepala pening, sakit tekak dan batuk mulai menghantui aku. Haha. Aku sempat singgah kedai runcit beli panadol ActiFast 4 biji. Malam tu je, aku makan abes 4-4 biji tapi sikit pun tak jalan. <---kalo makan lebih dos kang, aku pulak yang jalan, so better take a rest!

Aku tido dengan harapan esok baek dan buleh ke kantor! Malangnye, semakin panas sampai aku mengigil dan sakit badan. Nak menanges time tu. Kakak aku kate aku mengigau (tengok kau, betape panas suhu badan aku!). Aku call Incik Bf (nak ngadu lah tu! :D).

Atas nasihat Incik Bf, aku pun bangun, mandi (tetiba period kau!) dan terus ke klinik. Demam plus dengan senggugut! Wah, hebat kau! Aku sampai klinik pukul 8.15pagi. Awal giler! Terus pegi kedai serbaneka sebelah klinik tu, dan minta kerusi sebab aku tak larat. Baik betul budak tu, siap bagi air mineral! :)

Tunggu punye tunggu, pukul 9 pagi akhirnya assistant klinik tu pun bukak pintu. Terus aku ikut kau! Punye la tak tahan rase nak pengsan dah! Terkejut die tengok aku lembik. Aku daftar terus tidur kat kerusi depan kaunter tu. Die cakap doktor tu datang lambat kul 9.30 pagi.

Aku tak kesah sebab dah tak larat. Tapi doktor tu pegi bank pulak! (-.-!) Isk..isk..isk..Kesian! Aku tunggu lagi, last-last pukul 10.15pagi doktor tu masuk. Terkejut kau die tengok aku melempeng kat kerusi tu. Terus dia bawak aku masuk.

Masuk je, dia say sorry sebab lambat. Aku cakap takpe <---penipu, sedangkan hati dah berapi tunggu! Hehe. Die check aku. Suhu aku 40.4 °C! Wow, satu catatan yang pecah rekod aku demam setinggi tu! Sape suh kau lambat doktor! Seb baek aku tak panggil Fatin Liyana rawat aku. Hehe. Tak abes belaja aku dah suruh, memang giler namenye!

Doktor tu suspek aku kena denggi. So for better prevention, die suh aku datang checkup hari Isnin kalo tak baek lagi. So sampai hari neh, ade kurang tapi tak baek sepenuhnye, jadi aku kene ke klinik esok! :D <--muke gembira kau nampak tak!

Die bagi aku ubat giler la sebeban! Puas aku nak habis kan! Keluar je dari klinik, Incik Bf datang amek! Yeay..yeay.. (nak manje la konon!) Takde makne! Incik Bf keje, so die hantar saye balek rumah. T___T. Petang tu, aku balek kampung bersama Angah, Along dan anak-anak. Melepet je aku kat seat belakang. Kesian!

Lebey banyak dari neh.. (Pic courtesy of google)


Apepun, esok ke klinik semule! Prevention better than cure! :D

Sekian.

Great Day - Convocation! :)

Assalamualaikum...

Semalam 6/12/2010, saya dah officially graduated in BBA (Hons) Finance... Alhamdulillah, semuanye berjalan lancar... Segulung ijazah saye neh, saye hadiah kan buat Abah tercinta, Abdul Rashid Bin Othman dan Arwah Mak, Zainun Binti Johari... Semoga Abah dan Mak gembira diatas kejayaan saye hari neh..

Saye bangun awal, pukul 4 pagi dah mula bersiap-siap... Pukul 6, barulah semua family members bergerak ke UiTM Shah Alam... Angah dengan Shidi je tak bersama... Shidi tak dapat hadir -____-... Angah ade interview, hopefully die dapat kerja tu... Tapi she managed to attend my convocation! Sayang kamu...

Buat pertama kalinye, saye duduk dibaris hadapan, No.8 tau! Wah, kena sopan-sopan sikit... Huhu.... The best things, Alhamdulillah saye berjaya mendapatkan Anugerah Naib Canselor bersama-sama Bestie saye, Cik Shima Shim! Huhu... Kami hepy sangat taw..

Okeyh la, meh saye upload gambar convo saye kat bawah neh buat tatapan semua readers! Thanks ya!

The best Abah yang selalu mendoakan kejayaan saya.. Terima kasih Abah... Luv YOU so much! Cantik lagi if gambar neh ade arwah Mak... Tapi takpe saye tahu Mak gembira melihat saye hari neh... (Al-Fatihah buat Mak)

Kesian anak buah aku neh... Sanggup tunggu Mak Lang... Takpe, nanti Mak Lang belanja jajan...:D

Neh kakak die... Nakal tapi bijak... Baru tiga tahun, semua rancangan kat Astro die tahu... Boleh lah keje kat Astro nanti ye~! :)

 Muka macam tak gembira, padahal dah melompat kau! <---tipu je..


 Me...:)

Saye dan Adik Bongsu...

Saya dan Kak Long...

Saye dan Ina (No.4)

Saye dan Saleha serta Acap..

Saya dan Incik Bf...

Wit my Bestie, Ever! Luv u!

Wit clasmate.. Atin and Ros...

 Penerima Anugerah Naib Canselor BBA (Hons) Finance (UiTM Melaka)

My cluzmate (Diploma).. Congrats dear for your 1st Class Degree...:)

Balik sudah.. Mekaceh Incik Bf menghantar saye pulang ke rumah dengan selamat... Alhamdulillah...

Bunge dari Abah dan Adik Beradik... Thanks sume! Sayang korang!

Okea, tu adelah antara gambar-gambar yang diambil. So, cukup lah buat tatapan semua...Thanks!

Sekian. :D


Wednesday, December 8, 2010

To Whom It May Concern !! :)

Assalamualaikum...

Hai semua! Kite kena ceria-ceria walaupun tak ceria. Hari aku nak tulis entry baru <----ape kau mengarut neh..?! Ape yang aku nak luahkan kali neh just untuk memberitahu, kita semua ade hak masing-masing untuk berkata-kata TETAPI setiap kata-kata yang diluahkan mesti lah lahir dari akal yang betul dan waras.

Aku sedey! Itu cukup mengambarkan ape yang aku rasakan sekarang neh. T_____T <----mimik je okea! Hari neh R mesej aku, suddenly. Baru je sampai kat rumah, henpon aku berbunyi... Aku ingatkan Incik BF. Owh, rupenye si R! Sangat terkejut! Sebab henpon die masih berbateri lagi~! <---kau nak terase kau punye pasal!

Ayat aku je kejam, tapi hati aku lembut lagi. Hurm, susah kan bile salah faham neh. Penat + Letih! Aku just nak bagitahu hal sebenar je, tapi niat aku disalah erti kan. Nasib badan kan. Takpe, just senyum tanpe berfikir ape-ape! :)

To Mr. R :

Saye tak faham kenape anda menuduh saye bercakap benda tu mengarut. Sedangkan saye MANGSA keadaan <---ape yang saye rase lah, tapi bagi kau mungkin Cik N si mangsa. Takpe la, kau da besar kan. Jadi kau boleh tahu siape mangse sebenar. Aku tak kesah pun kalau kau taknak letak aku sebagai mangsa kes salah faham neh. 

Saye rase kelulusan degree saye takde kena mengena dengan anda pun. Kejayaan saye berlaku sebelum anda. So tak perlu anda nak masuk campur hal degree tu  dengan kes salah faham neh okea! Anda tidak sama sekali berbakti untuk saye mendapatkan degree saye. <---- Sori kalau kau nak terasa, sebab kau buat aku cukup terase bile kau kate degree aku! :)

Boleh tak Incik R berfikir secara logik, ataupun lebey baek lagi berfikir secara kreatif dan kritis. Kita hanya berbual tentang nak baik kan Cik N dan Incik BF! Bukannye, aku suruh kau pegi cerita semua perbualan kite. Takpe la, kau yang langgar janji, bukan aku. :)

Sekarang kau mahu tuduh aku seperti 'budak-budak' ke..?? Tapi aku tak kesah pun. Kau nak cakap aku neh merepek or whatever, just go on. You've your own right to speak out! :) Aku tak kesah kalau kau nak kata Cik N tak bersalah, dan aku yang bersalah. Sebab kau sendiri taknak dengar dari side aku. Kau hanye dengar dari side Cik N. Takpe kalau kau taknak kawan aku pun, janji Incik BF sentiase dengan aku.

Tapi satu je! Aku minta maaf atas ape yang berlaku biarpun mangse nye adelah aku sendiri. Aku terima, ujian Allah S.W.T. untuk aku terus kuat dan tabah. Teruskan lah pemikiran kau sendiri yang ingin mengutuk dan mengejek aku. Sekali lagi, aku tekan kan, aku TAK KESAH! :)


To Cik N:

Kita dah lama kenal kamu. Suppose kamu lebey faham kita dari orang lain. Tapi kita tak kisah kamu nak kata apepun pasal kita. :) As you ever said: We're Malaysian, so we've our own right to speak out! Yeah, I support what said earlier. :)

Kita terhutang budi dengan kamu walaupun ape yang terjadi antara kita hari neh. Kita ingat lagi time kita hampir menjadi mangsa serangan seksual, kamu yang bagi kita tempat berteduh sementara. Kita really appreciate it! :) No one serve me a better place as what you did girl!

T______T. The smiley enough to speak a thousand words of my feeling right now. Thats more than enough.  Kita cume terasa sikit je, thats all. But I'll be better in time. And I never expected, he told you that I'm upset with you!

Dah lah, cerita panjang pun tak guna kan. Benda dah jadi. Bib minta maaf atas segala kesusahan yang Bib da buat dengan Cik N! Semoga Cik N berbahagia selalu.


Sekian. T_______________________________________________T

Monday, December 6, 2010

Terus Terang

Assalamualaikum...

Syukur, dapat lagi menghirup udara segar dan rezeki dari Allah S.W.T yang sungguh bermakna neh... Alhamdulillah... Semoga Allah terus melimpahkan rezeki yang halal kepada keluargaku... Amin..

Apepun, let me teruskan dengan entry kali neh... Aku takde pun suke usik orang lain, jauh sekali nak mengutuk or mengata keburukan orang lain... Tapi aku pelik, ade je yang suke nak mengata kain aku sendiri sedangkan kain dia carik!

Haa.. Tu tandenye aku da berade di tahap maximum yang tak boleh dibendung-bendung perasaan aku lagi... Nak sangat ayam-ayamkan aku ye...(copy cut Fatin Liyana) huhu... Meh aku ayam-ayam kan kau balek... Nak sangat kan aku bersuara... Meh aku bersuara...

Ape yang aku simpan neh, aku boleh bendung lagi sebenarnye, dan rasenye tak perlu nak berterus terang dengan die.. Tapi bile dah ade orang ketiga, benda neh jadi complicated... Tambah-tambah, orang ketiga tu tempat kita percayai nak bercerita or bertanya ape-ape...kan..kann...

Biar aku perkenalkan orang neh dengan huruf N dan R... Selama hari neh aku baek je dengan N... Die tu one of my bestie... Ape aku dengar dari mulut orang lain pasal die, dan kadang-kadang ade je orang lain sampaikan die cakap tentang aku, aku still lagi anggap die kawan...

Aku tak kisah la die nak cakap pasal aku pun... Aku terima... Sebab aku ade owe N something valuable... So aku just forget about it... Dets the way aku recover... Cara aku nampak senang, tapi bagi orang lain nak apply dalam diri diaorang memang agak sukar...

Then, ade satu hal yang menyebabkan aku rase N sangat-sangat melampau dan keterlaluan seperti kebudak-budakan... Aku try buat the things back to normal... Suddenly, die tak berterus terang secara keseluruhannye... Malahan pointed all her fingers to me so det the main reason she did that thing was because of me...

Aku terase hati dengan N sebab dia kami bergaduh mulut... Kepala aku sentiasa berfikir, kenape die tak berterus terang dan ape sebab die buat macam tu... She juz pointed her fingers to me... Aihhh, ape salah aku pulak... Nak pointed aku pulak..??

Sedangkan die pointed macam mana pun, aku tetap keluar dengan si N neh! Bende da jadi pun kan... Kenape nak jadikan ianya satu alasan..?? Pelik.. Tapi macam mana aku terasa pun, aku diam kan aje, pendam sorang, sebab aku bukan macam N neh, siap pegi citer kat orang lain aku gado dengan die... Euuwww man, tolong la... Orang tu tak kenal aku pun...

Sabar je aku tengok cara die... Tapi dalam ke'terasa' an hati dengan die, aku still lagi layan die baek... N buat everything macam biasa je... R dan aku penah buat perjanjian antara kami takkan reveal ape yang kami borakkan kat sape-sape included N!

Tapi R selalu bagitau semua bende dengan alasan N akan meroyan bile tak diberitahu! Adoiyai... Kalo benda tu dah dinamakan secret kenape nak luluh hati pade seorang perempuan! Melainkan kau memang ade hati dengan die!... Tettt...

Sekarang R has revealed everything and si N mule salah faham.. Fine that the good work R! Keep it up! Like your thinking style macam childish giler... N nak penjelasan aku pulak... Pandai pun si N neh sebut pasal berTERUS TERANG supaya jangan ada salah faham...

Tapi diri sendiri tak pernah nak praktikkan... N tak pernah berTERUS TERANG dan terus ambil keputusan tanpa berfikir, seolah-olah macam budak-budak... Pagi tadi aku ambil keputusan hantar sms kat N dan berterus terang...SMS aku berbunyi begini:

" Assalamualaikum...
Nak berterus terang kan..??
Fine, let me do det...
Bib tahu sepenuhnya dari mulut R, kenape N blocked Incik Bf...
And the main reason is A kan..??
Tapi kenape tak berTERUS TERANG benda tu dengan Incik Bf?
Kenape hanya cakap pasal Bib tiap-tiap kali keluar akan cakap 'Incik Bf tak suke Bib keluar dengan N neh'..
Sedangkan dah keluar pun, Incik Bf tak suke, kite tetap keluarkan?
Kenape mengharapkan Bib berTERUS TERANG tapi diri sendiri tak pernah TERUS TERANG..??
Come on la, dah besar kan, boleh fikir baik buruk sesuatu tindakan yang diambil...
Bib kelaka bile N pandai cakap berTERUS TERANG sedangkan N sendiri tak pernah berTERUS TERANG dulu dengan Incik Bf...
Kalau N berTERUS TERANG before block Incik Bf, semua salah faham takkan jadi...
So think first before do something and don't put blame on others for your own interest only...
Dets all~"

Gagah kau! Aku nak menghantar mesej macam neh kat orang... Kau dah tahu aku tak suke nak besar-besarkan perkara, tapi kau nak aku buat gitu kan... Nah, ambik kau penjelasan aku yang betul-betul berterus terang...:)

Sekian.

Salah ke...??

Assalamualaikum...

Entry kali neh mule lagi berkisar tentang kehidupan berkawan... Hurm, maybe korang da tahu bunyi entry neh macam aku begitu dissapointed with someone kan... Yup, that's rite~ I admit it okea... Entah la... Bagi aku, susah nak percaye orang lagi da...

Tapi my Bestie, Miss Shima Shim, I owes put my trust on her... She's the best listener when I get upset, she's pampared me when I need a shoulder to cry on... Thanks bestie~!! I owes owe U... Huhu...

But for this entry, it is not about my Bestie... About another person called fren of mine too... Actually, I da terase dengan die... Seriously, I terase... Kalo nak ditanya ape sebabnye better I diam je sebab saye tak suke nak citer or share cerita dengan orang len yang tak tahu cerita sebenar... Teetttt...

Okeyh la, saye tak kesah pun kalo det "GUY" nak cerite sume yang saye da kate P&C between Me and Him.. Go spread your story to her... I nak tengok sejauh mane mulut kau boleh dipercayai...

Lagi satu nak bagi nasihat sikit.. Saling mengingati neh... "Kalo rasa diri sendiri tu tak reti nak berterus terang, tak perlu nak suruh orang laen berterus terang... Da la weh... Rase kelaka pulak bile kau suruh orang laen berterus terang sedangkan diri kau sendiri tanpe bertanye ape-ape da terus ambil keputusan yang dikategorikan macam BUDAK-BUDAK..."

Da tahu diri tu tak seperti tu (berterus terang), better tak perlu mengharapkan orang laen akan berterus terang dengan kau... Jangan ingat diri kau anak raja taw weh... Tak layak pun... Kelaka weh, kau agak kurang berfikir... Hahhaa...

Sekian.

Tahun Baru

Assalamualaikum...

Dari tajuk mesti dah tahu entry kali neh tentang apekan.. So tanpe berlengah-lengah, Bib nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432... Semoga tahun baru ini lebey baek dari tahun lepas... :)

Jangan lupe baca doa akhir tahun dan awal tahun... Semoga ape yang telah kita buat selama neh diredhai oleh Allah S.W.T.. Dan hari yang mendatang akan lebey baek... :)

Amin...

Doa Akhir Tahun


Doa neh dibaca 3 kali selepas Asar atau sebelum Maghrib...:)

Doa Awal Tahun


Doa neh dibaca 3kali selepas Maghrib...:)

Sekian.



Sunday, December 5, 2010

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum...

Sori la, entri neh makanan lagi... Aku suke makan, suke masak, suke cari resipi untuk digubah-gubah, tambah sikit, buat cara aku... hehee... Kali neh, entri aku pasal Blueberry Cheese Tart... Mulenye, aku buat secara suke-suke je... Sebab, Incik Bf suke sangat makan Blueberry Cheese Tart...



Then, aku terpikir kenape aku tak try buat sendiri... Membazir je beli kat luar kan... So aku pun surf tenet... Cari punye cari jumpe la resipi die... Then aku tambah ape yang patut dan akhirnye percubaan aku berjaya... Incik Bf sangat suke makannye... Tapi bile da banyak muak kan... So sedekah kat opis Incik Bf...

Nak dijadikan citer, kerana percubaan aku berjaya, Hari Raya Puasa yang lepas, aku mendapat tempahan untuk mini blueberry cheese tart sebanyak 2900biji... Berpinar kepala aku dengan akak aku nak siapkan tart shell tu... Sabtu ngan Ahad memang duduk rumah nak siapkan tempahan...

Alhamdulillah, sume berjaye disiapkan... Pelanggan hepi, aku dengan akak ku pun hepi... Duit masyukk... Huhu... Baru-baru neh aku buat lagi... Menda neh memang sedap, tapi bile korang da buat sendiri, nak telan kat tekak pun payah, muak weh...

 Bulat-bulatkan adunan tu...


 Step paling bosan nak buat shell neh... Bakar separuh masak je...


 Isikan blueberry filling kat tengah-tengah...


 Pastu letak isian cheese...


 Hias dengan choc chips sebab neh inti coklat...


 Lakarkan blueberry...


 For someone special....


 Nak tempah boleh je....:)


 Any function boleh...


Da siap...

Tapi apepun, memasak memang best... Luv it~!!

Sekian.

Mengapekahh makanan sedap..??

Assalamualaikum..

Hai sume~!! Kali neh entry asyik-asyik pasal makan, tentang makanan... Sebab aku tak tahu kenape mood kuat makan aku kembali dengan begitu dashyat... Tapi neh da lama da taw aku pegi makan, baru nak update citer yang da basi... Isk...isk...isk... Basi tak basi, aku tetap nak citer...Huh...

Tempat makan yang pertama berdekatan office aku kat Kelana Jaya Business Centre... Lupe da name restoran nye (tettt...tolak 10 markah...) Makanan die okea la... Harge boleh tahan mahalnye... Tapi farewell untuk member kami yang akan bertukar keje... Sedey...(Penipu sedey~!! Suke sebenarnye sebab dapat makan...)

Ramai yang join farewell tu, almost 20 persons... Makanan die kureng sikit... Adus... Name je gempak taw... Opps, tak baek taw... Nasib aku lupe name restoran, kalo tak kena saman neh.. Hehee... Aku makan Belacan Fried Rice..(Bukan taw nak cube menu len, sekeh nak..???)

Berikut adelah makanan kami...Huhu...

French Fries with special sauce... Harga RM4 sahaja... Sauce dia marvelous... Sile cube...
Santapan : Cik Norlizawati Sulaiman

Belacan Fried Rice... Harge die RM8.90... Rase kureng sikit... Tapi boleh la...
Santapan : Cik Habibah Abdul Rashid (Saye la tu) 

 Pineapple Fried Rice... Harga sama RM8.90... Rase pun kureng jugak...
Santapan Cik Shamini A/P Selvaraj

 Mosquito Rice... Harge aku tak ingat... Rase cam chinese food... Berendam abes...
Santapan : Cik Wan Farhana

Meatball Mee... Neh sedap... Harge lupe....
Santapan : En. Suhaimi Sahree

Yang len, tak sempat aku nak snap pic, dorang da makan dulu... Lapar sangat la tu.... Takpe, kalo korang nak cube, sile kan la...Huhu...

Sekian.

Makan Besar

Assalamualaikum...

Entry aku kali neh tentang makan... Makan besar tu saje buat gempak je... Sebenarnye takde la besar mana pun... Sebab yang terlibat hanya aku dan kakak aku... Kakak aku dan aku... Huhu... Nak dijadikan citer, dua-dua tengah rase lapar giler... Suddenly, aku suggest "Jom kite gi makan sate~!!"

Apelagi, berkobar-kobar kakak aku nak makan sate... Sate neh memang sedap weh... You'll should try it~!! Sekali korang makan memang tiap-tiap hari nak... Hahhaaa... Hebat ke satay tu...?? Lokasi tempat makan kami dekat je dengan kawasan rumah... Jalan kaki je...

Sate neh bukan la restoran 5 bintang taw... Just kedai makan biase tapi sate die memang mengancam... Lagi sedap dari Sate Kajang rasenye taw... Disebabkan kakak aku neh pemalu orangnye, kami decide bungkus dan makan kat rumah je... Lagipun kedai neh memang ramai orang... Penuh meja kat situ, takde yang kosong...

Sate dia sama harga dengan sate kajang tu.. RM0.70 je secucuk... Kalo nak nasi himpit, korang order la bape banyak korang nak... RM1 buleh, RM2 pun buleh, kalo berhengget-hengget pun boleh... Suke tokey tu nanti, sebab dapat duit lebey...Hahahaa...

Okeyh la, mari kite tengok gambar yang aku snap kat bawah neh... Sedap weh...

 Neh menunggu kakak aku bersiap... Sengal kan.. Sempat pakai belt... Giler bergaye nak pegi beli sate...

Sempat lagi before lif sampai...

 Dalam lif pun begituu jugak...Aishhh...

 Jeng...jeng... Da balek da... Sate yang banyak...

 Nyummy dalam ini plastik...Sape nak...???

 Hahaa... Inilah air jus mangga yang pure dari buah die... Meletup rase die....

 Gelas yang kurus dan panjang itu kakak aku, then aku gelas yang cantik tu....

 Sate Dato' Keramat... Sedap terangkat abes...

 Timun dan Bawang (Baik untuk kulit....)

 Kuah kacang die memang nampak cair... Tapi sedap giler...

Nasi himpit yang berharga RM2 sahaje...

Hidangan kami malam ini... Pergh.... Sedap giler...


Kami punye la tamak, beli sampai 25 cucuk... Sedangkan berdua je... Last-last, sampai rumah 8 cucuk sahaje berjaya dihabiskan.... Tak baik membazir dan ikut nafsu... Haihhh, terus simpan selebihnye untuk sarapan esok hari... hehee.. Jimatkan.... Weee~

Sekian.

Tuesday, November 30, 2010

Apekahhh..??

Assalamualaikum...

Malam neh aku tergerak nak tulis blog... Nak tulis biar aku rase sedikit lega... Biarpun aku takde tempat nak ngadu, atleast aku boleh tulis blog neh... Apepun yang terjadi sekarang neh dan masa hadapan, aku nak berubah... Taknak jadi pemarah lagi, tak sabar dan segala sifat dan sikap buruk aku nak tinggalkan... Insyallah... Tekad yang betul dan niat yang betul... Tambah-tambah, tak lama lagi Awal Muharram kan... :)

Apepun aku taknak marah-marah Incik Bf... Dia sangat baek, sempurna buat aku... Aku berdoa, dia jodoh yang terbaek buat aku... Insyallah... Mekaceh B.. B sorang je paham Sayang... Luv u...(Masuk iklan jup ye readers..)

Okea sambung balek... Aku cume nak luah kat sini yang aku ade hak tuk berkata-kata... Even kite kena bercakap bile perlu... Aku jujur dalam ape aku buat, walaupun kat belakang die... Lagi satu, aku perlu kan masa tuk baiki perasaan aku kat member aku neh... Hopefully, she will understand if I be silent for a while..

Biarpun sakit, SILENT IS THE BEST FOR ME RITE NOW... Pretend that I'm happy and laughing with my sayangs... For more, LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE...
Nurul Asyiqin @ Qiqien 

Muhamad Asyraf @ Acap

Tata..