Wednesday, December 22, 2010

Semoga Ayah Sihat~ Insyallah~

Assalamualaikum...


Hi there! Hari neh Incik Bf balek Seremban, sebab esok Ayah nak kena operate mata. Hopefully Ayah cepat sembuh dan segalanya berjalan dengan lancar. Insyallah. Amin.

To Incik Bf: 
"Jaga Ayah elok-elok tahu. Tanggungjawab B besar. B kena kuat dan Sayang owes ade dengan B. Sayang sayang B sangat-sangat. Sayang tahu B sangat-sangat bertanggungjawab, penyabar dan baik hati. Insyallah, Ayah akan okeyh. Sayang B. Love you owes B!"

Saya cinta kamu!

Sekian.


Wednesday, December 15, 2010

Kelebihan Berpuasa Hari Asyura (10 Muharram)

Assalamualaikum

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". 
Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pad10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa;
 Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
"Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).
P/S: Selamat Berpuasa everyone! :)
Sekian.

Sunday, December 12, 2010

Demam (-.-!)

Assalamualaikum...

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . (Info from Wikipedia)

Aku demam! Buat pertama kalinya ambil MC untuk tidak bekerja! (Suke ke tak suke tu..??). Huhu. Aku ade suke, ade tak suke. Tapi Allah dah bagi kena bersyukur. Semua tu ade hikmah, betul tak? (Jawab betul sekarang, kalau tak aku sekeh! :D)

Aku start demam hari Kamis lepas je balek keje. Teruk kau aku rase time tu! Badan rase panas, kepala pening, sakit tekak dan batuk mulai menghantui aku. Haha. Aku sempat singgah kedai runcit beli panadol ActiFast 4 biji. Malam tu je, aku makan abes 4-4 biji tapi sikit pun tak jalan. <---kalo makan lebih dos kang, aku pulak yang jalan, so better take a rest!

Aku tido dengan harapan esok baek dan buleh ke kantor! Malangnye, semakin panas sampai aku mengigil dan sakit badan. Nak menanges time tu. Kakak aku kate aku mengigau (tengok kau, betape panas suhu badan aku!). Aku call Incik Bf (nak ngadu lah tu! :D).

Atas nasihat Incik Bf, aku pun bangun, mandi (tetiba period kau!) dan terus ke klinik. Demam plus dengan senggugut! Wah, hebat kau! Aku sampai klinik pukul 8.15pagi. Awal giler! Terus pegi kedai serbaneka sebelah klinik tu, dan minta kerusi sebab aku tak larat. Baik betul budak tu, siap bagi air mineral! :)

Tunggu punye tunggu, pukul 9 pagi akhirnya assistant klinik tu pun bukak pintu. Terus aku ikut kau! Punye la tak tahan rase nak pengsan dah! Terkejut die tengok aku lembik. Aku daftar terus tidur kat kerusi depan kaunter tu. Die cakap doktor tu datang lambat kul 9.30 pagi.

Aku tak kesah sebab dah tak larat. Tapi doktor tu pegi bank pulak! (-.-!) Isk..isk..isk..Kesian! Aku tunggu lagi, last-last pukul 10.15pagi doktor tu masuk. Terkejut kau die tengok aku melempeng kat kerusi tu. Terus dia bawak aku masuk.

Masuk je, dia say sorry sebab lambat. Aku cakap takpe <---penipu, sedangkan hati dah berapi tunggu! Hehe. Die check aku. Suhu aku 40.4 °C! Wow, satu catatan yang pecah rekod aku demam setinggi tu! Sape suh kau lambat doktor! Seb baek aku tak panggil Fatin Liyana rawat aku. Hehe. Tak abes belaja aku dah suruh, memang giler namenye!

Doktor tu suspek aku kena denggi. So for better prevention, die suh aku datang checkup hari Isnin kalo tak baek lagi. So sampai hari neh, ade kurang tapi tak baek sepenuhnye, jadi aku kene ke klinik esok! :D <--muke gembira kau nampak tak!

Die bagi aku ubat giler la sebeban! Puas aku nak habis kan! Keluar je dari klinik, Incik Bf datang amek! Yeay..yeay.. (nak manje la konon!) Takde makne! Incik Bf keje, so die hantar saye balek rumah. T___T. Petang tu, aku balek kampung bersama Angah, Along dan anak-anak. Melepet je aku kat seat belakang. Kesian!

Lebey banyak dari neh.. (Pic courtesy of google)


Apepun, esok ke klinik semule! Prevention better than cure! :D

Sekian.

Great Day - Convocation! :)

Assalamualaikum...

Semalam 6/12/2010, saya dah officially graduated in BBA (Hons) Finance... Alhamdulillah, semuanye berjalan lancar... Segulung ijazah saye neh, saye hadiah kan buat Abah tercinta, Abdul Rashid Bin Othman dan Arwah Mak, Zainun Binti Johari... Semoga Abah dan Mak gembira diatas kejayaan saye hari neh..

Saye bangun awal, pukul 4 pagi dah mula bersiap-siap... Pukul 6, barulah semua family members bergerak ke UiTM Shah Alam... Angah dengan Shidi je tak bersama... Shidi tak dapat hadir -____-... Angah ade interview, hopefully die dapat kerja tu... Tapi she managed to attend my convocation! Sayang kamu...

Buat pertama kalinye, saye duduk dibaris hadapan, No.8 tau! Wah, kena sopan-sopan sikit... Huhu.... The best things, Alhamdulillah saye berjaya mendapatkan Anugerah Naib Canselor bersama-sama Bestie saye, Cik Shima Shim! Huhu... Kami hepy sangat taw..

Okeyh la, meh saye upload gambar convo saye kat bawah neh buat tatapan semua readers! Thanks ya!

The best Abah yang selalu mendoakan kejayaan saya.. Terima kasih Abah... Luv YOU so much! Cantik lagi if gambar neh ade arwah Mak... Tapi takpe saye tahu Mak gembira melihat saye hari neh... (Al-Fatihah buat Mak)

Kesian anak buah aku neh... Sanggup tunggu Mak Lang... Takpe, nanti Mak Lang belanja jajan...:D

Neh kakak die... Nakal tapi bijak... Baru tiga tahun, semua rancangan kat Astro die tahu... Boleh lah keje kat Astro nanti ye~! :)

 Muka macam tak gembira, padahal dah melompat kau! <---tipu je..


 Me...:)

Saye dan Adik Bongsu...

Saya dan Kak Long...

Saye dan Ina (No.4)

Saye dan Saleha serta Acap..

Saya dan Incik Bf...

Wit my Bestie, Ever! Luv u!

Wit clasmate.. Atin and Ros...

 Penerima Anugerah Naib Canselor BBA (Hons) Finance (UiTM Melaka)

My cluzmate (Diploma).. Congrats dear for your 1st Class Degree...:)

Balik sudah.. Mekaceh Incik Bf menghantar saye pulang ke rumah dengan selamat... Alhamdulillah...

Bunge dari Abah dan Adik Beradik... Thanks sume! Sayang korang!

Okea, tu adelah antara gambar-gambar yang diambil. So, cukup lah buat tatapan semua...Thanks!

Sekian. :D


Wednesday, December 8, 2010

To Whom It May Concern !! :)

Assalamualaikum...

Hai semua! Kite kena ceria-ceria walaupun tak ceria. Hari aku nak tulis entry baru <----ape kau mengarut neh..?! Ape yang aku nak luahkan kali neh just untuk memberitahu, kita semua ade hak masing-masing untuk berkata-kata TETAPI setiap kata-kata yang diluahkan mesti lah lahir dari akal yang betul dan waras.

Aku sedey! Itu cukup mengambarkan ape yang aku rasakan sekarang neh. T_____T <----mimik je okea! Hari neh R mesej aku, suddenly. Baru je sampai kat rumah, henpon aku berbunyi... Aku ingatkan Incik BF. Owh, rupenye si R! Sangat terkejut! Sebab henpon die masih berbateri lagi~! <---kau nak terase kau punye pasal!

Ayat aku je kejam, tapi hati aku lembut lagi. Hurm, susah kan bile salah faham neh. Penat + Letih! Aku just nak bagitahu hal sebenar je, tapi niat aku disalah erti kan. Nasib badan kan. Takpe, just senyum tanpe berfikir ape-ape! :)

To Mr. R :

Saye tak faham kenape anda menuduh saye bercakap benda tu mengarut. Sedangkan saye MANGSA keadaan <---ape yang saye rase lah, tapi bagi kau mungkin Cik N si mangsa. Takpe la, kau da besar kan. Jadi kau boleh tahu siape mangse sebenar. Aku tak kesah pun kalau kau taknak letak aku sebagai mangsa kes salah faham neh. 

Saye rase kelulusan degree saye takde kena mengena dengan anda pun. Kejayaan saye berlaku sebelum anda. So tak perlu anda nak masuk campur hal degree tu  dengan kes salah faham neh okea! Anda tidak sama sekali berbakti untuk saye mendapatkan degree saye. <---- Sori kalau kau nak terasa, sebab kau buat aku cukup terase bile kau kate degree aku! :)

Boleh tak Incik R berfikir secara logik, ataupun lebey baek lagi berfikir secara kreatif dan kritis. Kita hanya berbual tentang nak baik kan Cik N dan Incik BF! Bukannye, aku suruh kau pegi cerita semua perbualan kite. Takpe la, kau yang langgar janji, bukan aku. :)

Sekarang kau mahu tuduh aku seperti 'budak-budak' ke..?? Tapi aku tak kesah pun. Kau nak cakap aku neh merepek or whatever, just go on. You've your own right to speak out! :) Aku tak kesah kalau kau nak kata Cik N tak bersalah, dan aku yang bersalah. Sebab kau sendiri taknak dengar dari side aku. Kau hanye dengar dari side Cik N. Takpe kalau kau taknak kawan aku pun, janji Incik BF sentiase dengan aku.

Tapi satu je! Aku minta maaf atas ape yang berlaku biarpun mangse nye adelah aku sendiri. Aku terima, ujian Allah S.W.T. untuk aku terus kuat dan tabah. Teruskan lah pemikiran kau sendiri yang ingin mengutuk dan mengejek aku. Sekali lagi, aku tekan kan, aku TAK KESAH! :)


To Cik N:

Kita dah lama kenal kamu. Suppose kamu lebey faham kita dari orang lain. Tapi kita tak kisah kamu nak kata apepun pasal kita. :) As you ever said: We're Malaysian, so we've our own right to speak out! Yeah, I support what said earlier. :)

Kita terhutang budi dengan kamu walaupun ape yang terjadi antara kita hari neh. Kita ingat lagi time kita hampir menjadi mangsa serangan seksual, kamu yang bagi kita tempat berteduh sementara. Kita really appreciate it! :) No one serve me a better place as what you did girl!

T______T. The smiley enough to speak a thousand words of my feeling right now. Thats more than enough.  Kita cume terasa sikit je, thats all. But I'll be better in time. And I never expected, he told you that I'm upset with you!

Dah lah, cerita panjang pun tak guna kan. Benda dah jadi. Bib minta maaf atas segala kesusahan yang Bib da buat dengan Cik N! Semoga Cik N berbahagia selalu.


Sekian. T_______________________________________________T